Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, temuduga spa Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, permohonan kerja Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Gaji Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Gaji Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat sekitar RM1,493 sehingga RM5,672. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
5.    Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
7.    Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)
9.    Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
10.              Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
11.              Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
12.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
13.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
14.              Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan kerja penolong pegawai pembangunan masyarakat

Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat menjalankan tugas memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat ialah mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.


Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

4 comments.. read them below or add one

khair khair September 26, 2017 at 3:59 PM
Salam admin nak tanya...klu calon simpanan untuk tempoh berapa lama? Ataupan simpanan sehingga di lantik?
khair khair September 26, 2017 at 4:01 PM
Salam admin nak tanya...klu calon simpanan untuk tempoh berapa lama? Ataupan simpanan sehingga di lantik?
Unknown Unknown July 20, 2018 at 5:11 PM
walaikumslm.. nak tolong jawab, 1tahun tempoh calon simpanan..Ada rezeki dapat lantikan tetap..
Unknown Unknown July 6, 2019 at 4:03 PM
Assalamualaikum, maw bertnya ya ada brp ujian ya bru jmpa panel? N calon stiap ngeri berlainn trikh ujian atau sma seja