Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pelbagai Kementerian. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Penguatkuasa pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29, temuduga spa Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29, permohonan kerja Penolong Pegawai Penguatkuasa lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa

Gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa sekitar RM1,493 sehingga RM5,696. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
5.    Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
7.    Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
8.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
9.    Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
10.              (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
11.              Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
12.              (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).
13.              Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
14.              Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
15.              (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau



16.              Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
17.              (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).
18.              Dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
19.              Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
20.              Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
21.              Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
22.              Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
23.              Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
24.              Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
25.              Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
26.              Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
27.              Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Gred AB22 atau Gred AB26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
28.              Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) atau 1(d) ; dan
29.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
30.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
31.              Info lanjut rujuk sini:Syarat kelayakan kerja penolong pegawai penguatkuasa

Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Penolong Pegawai Penguatkuasa menjalankan tugas membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah. Juga menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Penguatkuasa ialah bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.


Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih! 

0 comment... add one now