Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perikanan Gred G29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Perikanan Gred G29. Nak
lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Perikanan
Gred G29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Pertanian/
Jabatan Perikanan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Perikanan pada
bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 bagi permohonan
kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Perikanan |
Gaji Penolong Pegawai Perikanan Gred G29
Gaji Penolong Pegawai Perikanan sekitar RM1,494 sehingga RM5,674. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Diploma dalam bidang perikanan, sains nautika atau bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
5.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


6.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu Perikanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Perikanan Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
7.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
8.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
9.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
10.
Peningkatan Secara Lantikan Ke Jawatan Pegawai Perikanan Gred G41:
Penolong Pegawai Perikanan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 yang kosong mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perikanan Gred G29
Penolong Pegawai Perikanan menjalankan tugas membantu
pegawai-pegawai perikanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan segala
aktiviti dan program yang meliputi aspek pengembangan didikan penguatkuasaan,
pengawalseliaan serta pengurusan.
Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Perikanan
ialah memberi perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri
perikanan negara.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Perikanan Gred G29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.