25 February 2017

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Perubatan pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36, temuduga spa Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36, permohonan kerja Penolong Pegawai Perubatan Gred lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Perubatan

Gaji Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36

Gred
Gaji Minimum
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
U29
RM1,797.00
RM5,753.00
RM145.00
U32
RM2,331.00
RM6,394.00
RM155.00
U36
RM3,590.00
RM7,605.00
RM180.00

Gaji Penolong Pegawai Perubatan sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145. Manakala untuk gaji PPP gred U32 dan U36 boleh rujuk carta di atas.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36

1.    Diploma Dalam Bidang Pembantu Perubatan Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Atau Kelayakan Yang Diiktiraf Setaraf Dengannya Serta Berdaftar Dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
2.    (Gaji Permulaan Ialah Pada Gred U29: RM1,797.00).



3.    Kepujian (Sekurang-Kurangnya Gred C) Dalam Subjek Bahasa Melayu Pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia Atau Kelulusan Yang Diiktiraf Setaraf Dengannya Oleh Kerajaan.
4.    Calon Bagi Lantikan Hendaklah Memiliki Kepujian (Sekurang-Kurangnya Gred C) Dalam Subjek Bahasa Melayu Pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia Atau Kelulusan Yang Diiktiraf Setaraf Dengannya Oleh Kerajaan.
5.    Info lanjut rujuk sini: Syarat Kelayakan Kerja Penolong Pegawai Perubatan

Jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36

Penolong Pegawai Perubatan menjalankan tugas memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan. Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat. Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan. Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya. Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.

Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.

Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.



Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Perubatan ialah menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital. Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain. Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!  

No comments:

Post a Comment